Menyokong serta menaik taraf kehidupan golongan rentan memerlukan pendekatan menyeluruh, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen pada Selasa.
Oleh demikian, beliau berkata pemerintah mengalu-alukan sokongan dan sumbangan idea dan sumber dari rakyat serta sektor swasta bagi memartabatkan kehidupan keluarga yang menetap di rumah sewa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).





