Syarikat telekomunikasi Singtel telah memulihkan khidmat 5G, hampir empat jam selepas ratusan pengguna melaporkan masalah teknikal di telefon bimbit mereka, pada pagi Selasa.
Dalam satu hantaran Facebook sekitar 1.30 petang, Singtel menyatakan: “Akses kepada khidmat data telefon bimbit yang terputus-putus bagi pelanggan 5G telah dipulihkan sepenuhnya. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi, dan terima kasih atas kesabaran anda.”





