GAZA: Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata pada Isnin bahawa 200 pesakit telah dipindahkan dari hospital dengan bantuan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hanya beberapa jam selepas ia dilanda serangan tentera Israel.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Encik Ashraf al-Qudra, memberitahu media bahawa 200 orang telah dipindahkan dari Hospital Indonesia di Jabaliya dan dibawa dengan bas ke hospital Nasser...





