BANTUAN KEMANUSIAAN: Indonesia menghantar bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada ubat-ubatan dan peralatan perubatan bernilai Rp31.9 bilion (S$2.68 juta) ke Palestin pada Rabu (22 November 2023).
DuniaNov 23, 2023 | 3:25 PM

Indonesia kirim ubat-ubatan, peralatan perubatan ke Palestin

JAKARTA: Agensi Pembangunan Antarabangsa Indonesia (AID Indonesia) pada pagi Rabu menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin, dalam bentuk ubat-ubatan dan peralatan perubatan bernilai kira-kira S$2.68 juta.

“Bantuan ini adalah sebahagian daripada bantuan pemerintah Indonesia kepada Palestin. “Kumpulan pertama dihantar pada 20 November (2023) dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma,” kata Setiausaha Ketua Direktorat Pembiayaan dan Pengurusan Risiko, Kementerian Kewangan, Encik Ubaidi Socheh...

Seorang murid melihat ke luar tingkap bilik darjah sebelum dibenarkan pulang awal susulan asap tebal akibat kebakaran tanah di belakang sekolahnya di Kampung Alalak, daerah Barito Kuala, Kalimantan Selatan, pada 28 Oktober 2026. Kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlarutan di Indonesia menjejas pembelajaran kira-kira 1.4 juta pelajar, dengan ribuan sekolah terpaksa beralih kepada pembelajaran dalam talian, manakala peperiksaan penting di beberapa kawasan ditangguhkan.
DuniaOct 29, 2026 | 12:12 PM

Jerebu jejas pendidikan 1.4 juta pelajar di Indonesia, peperiksaan ditangguh

JAKARTA: Jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlarutan di Indonesia bukan sahaja mengancam kesihatan penduduk, malah menjejas pembelajaran kira-kira 1.4 juta pelajar apabila ribuan sekolah terpaksa beralih kepada kelas dalam talian dan peperiksaan penting ditangguhkan.

Keadaan paling serius berlaku di Kalimantan Tengah, apabila pencemaran udara yang semakin buruk memaksa pihak berkuasa menangguhkan Ujian Kecekapan Akademik (TKA) bagi...

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, berkata pemerintah sedang mengkaji rancangan membina loji tenaga nuklear pertama negara itu di  Kepulauan Riau bagi memperkukuh keselamatan tenaga dan mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil. Keputusan muktamad mengenai lokasi pembinaan dijangka dibuat selewat-lewatnya pada 2027, dengan operasi disasarkan bermula antara 2032 dengan 2034.
DuniaOct 29, 2026 | 12:01 PM

Indonesia kaji bina loji tenaga nuklear di Kepulauan Riau

JAKARTA: Indonesia sedang mengkaji rancangan membina loji tenaga nuklear di Kepulauan Riau, yang terletak berhampiran Singapura, sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara dan mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, berkata Riau dikenal pasti sebagai antara lokasi berpotensi bagi pembinaan loji nuklear pertama negara itu, namun keputusan muktamad belum dibuat.

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis antirusuhan ketika demonstrasi besar-besaran di tengah Tirana, Albania, pada 24 Oktober 2026. Bantahan yang diterajui gerakan pelajar itu menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Encik Edi Rama, serta penambahbaikan sistem pendidikan, ketika golongan muda semakin kecewa dengan dakwaan rasuah, kekurangan peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang meningkat.
DuniaOct 29, 2026 | 11:37 AM

Gen Z bangkit, protes besar-besaran gegar Eropah

BRUSSELS: Gelombang tunjuk perasaan yang diterajui golongan muda Generasi Z (Gen Z) semakin meluas di Eropah, apabila ribuan pelajar dan belia turun ke jalan raya bagi membantah kenaikan kos sara hidup, kemerosotan mutu pendidikan, kekurangan peluang pekerjaan dan dakwaan rasuah dalam kerajaan.

Protes yang melanda Perancis, Italy, Belgium, Albania dan Serbia itu mencerminkan kemarahan generasi muda yang merasakan suara mereka...

Wartawan BH, jurulatih Singa Legends dan beberapa peserta kem dalam sesi fotografi promosi di studio Berita Harian.
SukanOct 29, 2026 | 11:00 AM

Belajar dari legenda bola sepak negara di kem BH-Singa Legends

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 Berita Harian (BH), akhbar ini bekerjasama dengan Singa Legends untuk menganjurkan kem bola sepak dua hari yang bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat muda, malah memberi peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan menyertai kegiatan sukan.

Kem Bola Sepak BH-Singa Legends itu akan berlangsung pada 24 dan 25 November di Our Tampines Hub, dengan 40 tempat...

artritis reumatoid, penyakit autoimun, rawatan awal
Mata-mataOct 29, 2026 | 10:45 AM

Artritis reumatoid: Siapa berisiko dan bagaimana kenali tanda awal?

Walaupun artritis sering dikaitkan dengan golongan warga emas, penyakit itu juga boleh menyerang golongan muda, seperti yang dialami Cik Rahmathunnisa Mohamed Maideen ketika berusia 24 tahun.

Ketika masih menuntut di universiti pada 2014, beliau mula mengalami kesakitan sendi sehingga sukar menulis esei, menduduki peperiksaan dan mengikuti kelas berhawa dingin.

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video