Seperti tahun-tahun sebelum ini, Halijah Travels menumpukan perhatian untuk menyediakan pakej haji yang bermutu dengan harga berpatutan.
Menurut Pengurus Umum Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, rata-rata kos penginapan di Tanah Suci telah meningkat, terutamanya sejak jemaah dari seluruh pelosok dunia mula kembali mengerjakan ibadah umrah dan haji, selepas pandemik pulih.





