GAZA/TEL AVIV/KAHIRAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, dijadualkan bertemu dengan pemimpin Israel dalam usaha terbaru mengekang konflik Gaza daripada merebak ekoran kenyataan tentera Israel bahawa peperangan menentang Hamas akan berlangsung sepanjang tahun.
Encik Blinken tiba di Tel Aviv pada 8 Januari untuk memberi taklimat kepada pemimpin Israel mengenai rundingan dua harinya dengan pemimpin Arab mengenai keperluan menamatkan perang...





