Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan bagi Encik Mohamed Namis Mohamed Nasar, seorang pembangun sofwe yang juga merupakan relawan di Masjid Jamae Chulia.
Bagi bapa seorang anak perempuan berusia tiga tahun ini, sejak usia remaja lagi beliau telah melihat bapanya, Encik Abdul Salam Mohamed Nasar, membantu pihak masjid, dan bagi Encik Mohamed Namis...





