Cik Aliya Qamaria Abdollah (kanan) menerima bimbingan Cik Cherine Liu daripada Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah (HST) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam membuat pilihan tepat bagi rumah yang mahu dibelinya.
SingapuraFeb 8, 2024 | 3:00 PM

Dapat miliki semula flat setelah lebih sedekad menyewa

Setelah 13 tahun tinggal di flat sewa, Cik Aliya Qamaria Abdollah akhirnya dapat memiliki semula rumah sendiri.

Walaupun flat fleksi dua biliknya kini tidak sebesar rumah empat biliknya dahulu, ia telah dibayar penuh dan memenuhi syarat yang ditetapkannya untuk “tidak ada hutang langsung”.

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong (berlutut) hadir selaku tetamu terhormat di majlis penyampaian Geran Pendidikan Persatuan Darul Arqam Singapura (MCAS) pada 27 September, yang menyaksikan seramai 222 pelajar menerima anugerah tersebut.
MasyarakatSep 27, 2026 | 7:32 PM

Geran pendidikan Darul Arqam diperluas kepada pelajar madrasah

Seramai 222 pelajar menerima geran pendidikan bernilai $391,000 daripada Persatuan Darul Arqam Singapura (MCAS) tahun ini – nilai agihan dan jumlah penerima tertinggi sejak skim tersebut diperkenalkan.

Nilai geran yang disalurkan itu melonjak lebih 93 peratus berbanding $202,500 yang diberikan kepada 82 penerima pada 2024.

Pasukan Singa terpaksa beraksi tanpa pemain pertahanan berpengalaman, Safuwan Baharudin (kanan), menjelang perlawanan menentang Bangladesh pada 28 September. Safuwan dilayangkan kad merah dalam perlawanan pembukaan menentang Indonesia.
SukanSep 27, 2026 | 7:24 PM

Ketiadaan Safuwan tamparan buat S’pura, namun buka ruang pemain bukti keupayaan

Kekalahan kepada Indonesia bukan sahaja meninggalkan Singapura tanpa mata dalam aksi pembukaan Piala Asean Fifa, malah memaksa skuad Singa mencari jalan untuk bangkit tanpa kehadiran pemain pertahanan berpengalaman, Safuwan Baharudin menjelang pertemuan dengan Bangladesh pada 28 September.

Safuwan dilayangkan kad merah pada minit ke-70 dalam perlawanan menentang Indonesia, di mana beliau didapati menghalang peluang jelas Indonesia untuk menjaringkan gol.

Shanti Pereira mengukuhkan kedudukannya apabila menjadi pelari wanita pertama dalam sejarah Singapura yang berjaya mempertahankan kejuaraan acara 200 meter di Sukan Asia, selepas memenangi tempat pertama di Stadium Paloma Mizuho pada 27 September.
SukanSep 27, 2026 | 7:10 PM

Shanti Pereira ukir sejarah, pertahan emas 200m Sukan Asia

NAGOYA: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira mengukuhkan kedudukannya apabila menjadi pelari wanita pertama dalam sejarah Singapura yang berjaya mempertahankan kejuaraan acara 200 meter di Sukan Asia, selepas memenangi tempat pertama di Stadium Paloma Mizuho pada 27 September.

Meskipun atlet dari China, Chen Yujie, bermula pantas dari petak pelepasan dengan masa reaksi 0.15 saat, Shanti mempamerkan larian bertenaga di fasa terakhir...

Encik Zaqy bertemu beberapa sukarelawan semasa acara pada 27 September.
SingapuraSep 27, 2026 | 7:01 PM

Lebih 100 relawan tampil kutip dana bantu mangsa bencana Nepal

Lebih 100 relawan berhimpun untuk menjayakan satu acara kutipan dana untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan pemulihan bagi mangsa bencana banjir serta tanah runtuh di Nepal.

Dianjurkan oleh pertubuhan kemanusiaan serantau yang berpangkalan di Singapura, Humanity Matters, inisiatif pengumpulan dana di jalanan ini menghimpunkan relawan dari sekurang-kurangnya sembilan negara Asia dan Eropah.

Presiden Tharman Shanmugaratnam (tiga dari kiri) bersama Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad (dua dari kiri), di acara Agihan Beriani Amal Masjid Khalid pada 27 September. Acara edisi ke-21 itu menyasarkan kutipan $150,000 bagi Cabaran Presiden 2026 untuk membantu golongan yang memerlukan di serata Singapura.
MasyarakatSep 27, 2026 | 5:55 PM

Masjid Khalid sasar kumpul $150,000 bagi Cabaran Presiden

Masjid Khalid menyasarkan untuk mengumpul dana $150,000 bagi menyokong penerima bantuan pertubuhan di bawah naungan Cabaran Presiden tahun ini.

Kutipan itu antaranya dilakukan melalui acara Beriani Amal, yang diadakan buat kali ke-21 oleh masjid tersebut.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video