GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada 19 Februari bahawa krisis kekurangan bekalan makanan dan zat makanan yang meruncing di Gaza akan mengakibatkan kematian sejumlah besar kanak-kanak di wilayah itu.
Kira-kira 20 minggu sejak meletusnya perang Israel menentang kumpulan militan Hamas di Jaluran Gaza, agensi PBB memberi amaran bahawa bekalan makanan dan air yang selamat telah menjadi “sangat terbatas”...





