Tajaka Kinderland telah didenda sejumlah $10,000 – $5,000 bagi setiap satu daripada dua pusat prasekolah itu di Woodlands Mart dan Sunshine Place – kerana salah urus kanak-kanak di pusat tersebut.
Dalam satu kenyataan pada 20 Februari, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) berkata ia akan terus mengehadkan lesen kedua-dua pusat itu kepada enam bulan, selepas tamat tempoh pada Mac 2024.





