Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengutus surat ucap tahniah kepada Sultan Brunei sempena Hari Kebangsaan negara itu yang ke-40 pada 23 Februari, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.
Menulis kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Tharman berkata keharmonian, kestabilan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini oleh rakyat Brunei daripada semua lapisan masyarakat adalah disebabkan...




