Mempelajari konsep kemampanan dan memupuk tabiat mesra alam yang menyeronokkan kini lebih mudah bagi keluarga di bawah program KidSTART hasil satu inisiatif baru yang diperkenalkan.
Diberi nama, ‘Green Adventures’ atau Kembara Hijau, ia bertujuan menggalakkan keluarga lebih sedar mengenai isu kemampanan, dengan melibatkan mereka dalam pengembaraan sepanjang tahun bagi mendedahkan kanak-kanak kepada faktor alam sekitar yang menjejas dunia secara meluas.





