Sekumpulan pelajar dari Sekolah Perempuan Raffles (RGS) dari tingkatan satu hingga empat telah diberi peluang meninjau operasi di bilik berita dan mempelajari tugas seorang wartawan semasa mengunjungi pejabat akhbar Berita Harian (BH).
Sekumpulan pelajar dari Sekolah Perempuan Raffles (RGS) dari tingkatan satu hingga empat telah diberi peluang meninjau operasi di bilik berita dan mempelajari tugas seorang wartawan semasa mengunjungi pejabat akhbar Berita Harian (BH).
Masih ramai yang melihat Perancangan Legasi Islam (ILP) – merancang urusan dan pengagihan harta sebelum kematian – sebagai sesuatu yang hanya perlu diberi perhatian apabila usia semakin lanjut atau setelah memiliki banyak harta.
Contohnya, terdapat tanggapan bahawa wasiat hanya perlu disiapkan apabila seseorang mencapai usia lanjut.
Selama 26 tahun, Masjid Alkaff Kampung Melayu bukan sekadar tempat bagi Encik Salil Mohamed Ali menunaikan solat.
Masjid ini menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya.
Golongan profesional muda daripada pelbagai latar belakang digalak tampil menyumbang kepakaran, pengalaman dan perspektif mereka dengan menyertai Lembaga Pentadbiran Masjid (LPM), sekali gus membantu melakar masa depan masjid dan masyarakat.
Bagi golongan profesional muda, LPM bukan sekadar ruang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Sebagai badan bertanggungjawab terhadap tadbir urus dan arah strategik masjid, LPM memberi peluang kepada individu supaya membawa perspektif...
Karya terbaharu syarikat teater tempatan, The Necessary Stage yang berjudul 3 Queens membawa penonton menyelami naskhah yang memaparkan suka duka persaudaraan dan persahabatan dengan penuh kejujuran.
Pementasan tersebut mencabar minda dan membuatkan penonton tertanya-tanya:
Tiga remaja Singapura berusia 14 hingga 19 tahun baru-baru ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura. Tiada seorang pun mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas. Mereka menjadi radikal sendiri menerusi kandungan dalam talian dan bahan melampau.
Seorang daripada mereka baru berusia 14 tahun apabila perubahan itu dilaporkan bermula selepas algoritma memaparkan rakaman pertempuran kumpulan IS (Islamic State), atau...





