Nama pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita Ruhainies yang merupakan rakan gandingannya dalam sebuah drama aplikasi iQiyi, Terjerat.
Mereka dikatakan dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah milik Ruhainies awal pagi 9 Mac.





