Mereka yang menggunakan penyedut hidung atau “energy stick” boleh terpengaruh menjadi perokok dan menggunakan ‘vape’ (sejenis rokok elektronik), dan mungkin juga mengalami masalah pernafasan dan kerosakan kesihatan jangka panjang, kata pakar penjagaan kesihatan.
Penyedut hidung – kira-kira saiz kotak mancis – secara perlahan mendapat perhatian orang muda, sebahagian besarnya disebabkan oleh taktik pemasaran media sosial yang ditujukan kepada belia dan...





