KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada 18 Mac selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut kenyataan pejabat mantan Perdana Menteri itu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu bagi menjalani rawatan akibat jangkitan yang memerlukan pemerhatian.





