MEULABOH (Indonesia): Anggota penyelamat Indonesia berkata mereka telah menamatkan pencarian pelarian Rohingya yang hilang di laut selepas bot mereka terbalik. Ini walaupun terdapat laporan daripada beberapa mangsa yang terselamat bahawa berpuluh-puluh lagi telah dihanyutkan.
“Pencarian tamat pada Khamis (21 Mac). Semua pelarian Rohingya di atas bot semalam (20 Mac) telah diselamatkan,” kata Encik Muhammad Fathur Rachman, jurucakap agensi mencari dan...





