Tiga perjanjian penting antara Singapura dengan Indonesia secara rasmi dikuatkuasakan pada 21 Mac dalam satu detik penting bagi hubungan dua hala.
Ketiga-tiga perjanjian itu, yang berkaitan dengan pengurusan ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi, ditandatangani pada Januari 2022 semasa Rahat Pemimpin antara Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, di bawah rangka kerja yang diperluaskan...





