Sekumpulan pelanggan sibuk memilih pakaian di kedai yang mengadakan jualan istimewa sempena musim perayaan Hari Raya. Gambar ini dirakamkan pada 31 Januari 1965.
Sekumpulan pelanggan sibuk memilih pakaian di kedai yang mengadakan jualan istimewa sempena musim perayaan Hari Raya. Gambar ini dirakamkan pada 31 Januari 1965.
Keputusan pemerintah untuk mempertimbangkan pembinaan rumah di kawasan hijau atau tapak warisan tidak diambil secara ringan, dan hanya dilakukan sekiranya tiada tapak sedia ada atau tapak yang pernah dibangunkan tetapi terbiar yang sesuai, kata Menteri Kedua (Pembangunan Negara merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah.
Beliau menambah pihak berkuasa menangani isu tanah terhad menerusi dua cara.
Sesi senaman selama 15 minit selepas solat Jumaat kini menjadikan Masjid Yusof Ishak sebagai ruang yang tidak dijangka untuk menggalakkan penuaan aktif di kalangan jemaah lelaki warga emas.
Inisiatif 15-Minute Bodyweight Strength Training for Senior Men yang diadakan di sudut dewan solat utama masjid yang terletak di 10 Woodlands Drive 17 itu membolehkan jemaah warga emas meluangkan masa untuk bersenam...
Langkah sedang diambil untuk menangani aduan daripada pengguna pengangkutan awam di Tampines yang berdepan waktu menunggu bas lebih lama sepanjang dua bulan lalu, kata pengendali bas Go-Ahead Singapore (GAS).
Langkah pengendali itu diambil selepas penduduk memaklumkan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, apabila perjalanan harian bas mereka menjadi tidak menentu, dengan waktu menunggu lebih lama dan bas...
JAKARTA: Jumlah titik panas di Kalimantan melonjak kepada 808 pada 14 September, hampir tiga kali ganda berbanding tiga hari sebelumnya, sekali gus meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan ke negara jiran jika kebakaran hutan dan tanah di Indonesia berterusan.
Data Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) menunjukkan 301 titik panas dikesan di Kalimantan tiga hari lalu, sebelum meningkat kepada 461 pada 13...
MANILA: Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina (Comelec) mengisytiharkan pemenang bagi lima daripada sembilan kerusi kawasan Parlimen di Lanao del Sur dalam pilihan raya Parlimen pertama Bangsamoro, satu detik bersejarah dalam proses peralihan wilayah majoriti Muslim di selatan Filipina kepada pemerintahan sendiri.
Pengisytiharan itu dibuat pada 15 September, sehari selepas lebih 2.3 juta pengundi berdaftar keluar mengundi bagi memilih anggota Parlimen Wilayah...





