Kalau tamat sebulan puasa, syukur nikmat kepada yang Esa.
Kalau belanja untuk beraya, jangan teruja niat bergaya.
Kalau tamat sebulan puasa, syukur nikmat kepada yang Esa.
Kalau belanja untuk beraya, jangan teruja niat bergaya.
NEW YORK: Emiriah Arab Bersatu (UAE) didakwa mengupah tentera upahan dari Colombia untuk membantu Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Sudan, sebuah kumpulan separa tentera yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman terhadap orang awam.
Dakwaan itu terkandung dalam laporan sulit penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diserahkan kepada Majlis Keselamatan badan dunia itu.
WASHINGTON: Kemenangan Encik Abdul El-Sayed sebagai senator Islam pertama Amerika Syarikat mencetuskan kegembiraan dalam kalangan masyarakat Arab, dari Michigan hingga ke Timur Tengah, terutama selepas beliau menggunakan ungkapan Arab dalam ucapan kemenangannya.
Ahli politik Demokrat berketurunan Mesir itu menarik perhatian apabila menyindir Naib Presiden Amerika, Encik JD Vance, yang sebelum ini memberi amaran bahawa kemenangan beliau boleh menyebabkan rusuhan dan...
Mulai 16 November, Singapura dan Malaysia akan meningkatkan kuota teksi rentas sempadan berlesen bagi setiap negara kepada 500 teksi, berbanding 300 teksi sekarang.
Dua pengendali khidmat tempahan kereta menerusi aplikasi, CDG Zig dan Kumpool, juga akan menyertai GrabCar sebagai pengendali berlesen di bawah Skim Teksi Rentas Sempadan yang dipertingkatkan itu.
JAKARTA: Indonesia mahu menghentikan amalan mengeksport hasil buminya, termasuk minyak sawit mentah (CPO), melalui negara jiran dan sebaliknya menjual terus kepada pembeli di pasaran antarabangsa bagi mengelakkan kerugian berbilion rupiah.
Langkah itu bertujuan memastikan Indonesia memperoleh pulangan lebih tinggi daripada sumber aslinya, selain mengukuhkan kawalan terhadap perdagangan komoditi utama seperti minyak sawit, nikel dan timah.
JAKARTA: Pemerintah Indonesia mendakwa proses pengambilan 18 kanak-kanak warga negaranya sebagai anak angkat di Singapura tidak sah kerana melanggar undang-undang negara itu, selain dipercayai membabitkan sindiket pemerdagangan manusia yang memalsukan identiti mangsa.
Lebih membimbangkan, kanak-kanak terbabit sebenarnya berasal daripada keluarga di Jawa Barat, tetapi dokumen pengenalan diri mereka dipercayai dipalsukan bagi menunjukkan mereka sebagai penduduk Kalimantan Barat.





