Pergerakan sastera dan bahasa Melayu Singapura kehilangan seorang penggiat dan penyumbang ketara selepas penulis dan pustakawan, Encik Juffri Supa’at, meninggal dunia pada 16 April pada usia 56 tahun.
Allahyarham, seorang Pustakawan Kanan di Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dan anggota badan persuratan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) antara lain telah menyertai beberapa jawatankuasa berhubung bidang tersebut...





