KAHIRAH/BAITULMAKDIS: Israel mengerahkan jet pejuangnya menggempur utara Gaza untuk hari kedua pada 24 April dan mengulangi hasratnya menyerang habis-habisan Rafah di selatan.
Selepas pengunduran askar Israel secara tiba-tiba pada awal April, rakyat Palestin di utara dan selatan Jaluran Gaza sekali lagi terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka daripada pengeboman Israel, yang mereka sifatkan sebagai antara perang paling teruk.





