PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan, namun bekas Perdana Menteri dua kali itu tidak akan ditahan dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, di sini pada 7 Mei.





