NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, merayu kepada Israel dan Hamas supaya berusaha mencapai perjanjian gencatan senjata, dan memberi amaran kepada Israel bahawa serangannya ke atas Rafah akan “menjadi satu kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.
“Saya terganggu dan tertekan oleh kegiatan ketenteraan yang diperbaharui di Rafah. Penutupan lintasan Rafah dan Karem Shalom,...





