KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikat serta empat yang lain, memfailkan saman terhadap Rosmah Mansor berhubung ribuan barangan mewah bernilai AS$346 juta ($468.3 juta) didakwa dibeli menggunakan dana syarikat itu yang diselewengkan.
Kesemua syarikat terbabit yang bertindak selaku plaintif turut menuntut isteri bekas perdana menteri, Najib Razak, itu membayar AS$346,010,489 atau jumlah yang ditaksirkan oleh Mahkamah...





