Wanita di Singapura, terutama golongan ibu yang memerlukan, boleh menjangka menerima lebih banyak sokongan untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
Ini di samping bantuan tambahan untuk meringankan kos sara hidup mereka.
Wanita di Singapura, terutama golongan ibu yang memerlukan, boleh menjangka menerima lebih banyak sokongan untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
Ini di samping bantuan tambahan untuk meringankan kos sara hidup mereka.
NEW YORK: Pemimpin dunia berhimpun di New York mulai 22 September bagi Perbahasan Umum peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-81, dengan tema “memulihkan kepercayaan”.
Hampir 130 ketua negara dan pemerintah dijangka menghadiri pertemuan ketika konflik berpanjangan bukan sahaja mengancam keselamatan antarabangsa, malah meningkatkan tekanan terhadap ekonomi dunia.
WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Encik Scott Bessent, memberi amaran syarikat penerbangan Iran mungkin tidak lagi dapat beroperasi di banyak negara mulai 23 September, sedang pentadbiran Presiden Donald Trump memperhebat tekanan ekonomi terhadap Teheran.
Encik Bessent berkata sekatan Amerika bukan sahaja menyasarkan syarikat penerbangan Iran, malah lapangan terbang, pembekal bahan api, syarikat pengendalian darat dan penjual tiket yang terus memberikan...
Lebih daripada 500 laporan telah diterima dengan lebih 90 peratus kes yang layak diterima berjaya diselesaikan sejak Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian (OSC) ditubuhkan pada 29 Jun.
Hampir seperlima laporan yang layak diterima melibatkan mangsa berusia 18 tahun ke bawah, dengan yang paling muda berusia tujuh tahun akibat dedah maya atau ‘doxing’, kata OSC pada 22 September.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Selangor, yang juga merupakan seorang penyanyi ‘rap’, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dikenali sebagai Altimet mendedahkan beliau mempunyai lebih 100 lagu dalam ‘arkibnya’ yang masih tidak dikeluarkan untuk didengari khalayak ramai.
Altimet turut tidak menolak kemungkinan, untuk mengeluarkan lagu itu kepada umum mengikut kesesuaian.
OBOCK (Djibouti): Ribuan penduduk Yaman melarikan diri merentasi Laut Merah ke Djibouti sedang pertempuran antara Houthi dengan tentera pemerintah yang disokong Arab Saudi semakin sengit di sepanjang pantai barat negara itu.
Lebih 3,000 pelarian tiba di kem Markazi di Obock, utara Djibouti, dalam beberapa hari kebelakangan ini, kebanyakannya keluarga yang menyeberangi Selat Bab el-Mandab dengan bot.





