PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melancarkan ‘perang’ terhadap gula bagi mengurangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat negara itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata usaha itu akan dilakukan dengan memberi penarafan kepada minuman berdasarkan kandungan gulanya.
“Dalam tempoh terdekat, KKM akan segera memperkenalkan sistem penarafan minuman manis berdasarkan jumlah gula yang terdapat dalam minuman...




