DEIR AL-BALAH (Gaza): Pegawai perubatan di Gaza sedang berusaha meningkatkan pemeriksaan ke atas kanak-kanak bagi mengesan masalah kekurangan zat makanan teruk, di tengah-tengah kebimbangan kelaparan semakin berleluasa sedang penduduk melarikan diri ke kawasan baru.
Kumpulan bantuan Kor Perubatan Antarabangsa (IMC) merancang memeriksa lebih 200,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun sebagai sebahagian kempen ‘Cari dan Rawat’, kata Dr Munawwar Said...




