LONDON: Pengasas WikiLeaks Julian Assange telah dibebaskan dari penjara Britain dan dalam perjalanan pulang ke negara asalnya Australia pada 24 Jun, selepas perjuangannya selama 12 tahun menentang ekstradisi ke Amerika Syarikat berakhir dengan perjanjian pengakuan.
Assange yang penuh kontroversi itu, telah menghabiskan lima tahun lalu di penjara dengan kawalan keselamatan tinggi di tenggara London, dan hampir tujuh tahun sebelum itu...





