LEBIH 600 warga senja yang telah membuat permohonan rayuan bagi layak menerima manfaat Pakej Generasi Perintis telah mendapat kelulusan untuk menerimanya, kata Menteri Negara (Kewangan), Cik Josephine Teo.
Panel yang meneliti rayuan-rayuan tersebut telah menilai sekitar 2,480 rayuan dan meluluskan 642 daripadanya, kata beliau di Parlimen, hari ini, Selasa.






