PEJABAT Perkhidmatan Perbandaran (MSO) telah melancarkan aplikasi telefon bijak bagi memudahkan rakyat Singapura membuat aduan tentang isu-isu perbandaran.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga ketua MSO, Cik Grace Fu telah melancarkan aplikasi OneService itu secara rasmi di acara 'Clean Up South West' di Bukit Panjang Sunshine RC, pagi tadi.






