Pemerintah akan terus mencari jalan menyokong atlet lelaki untuk berlatih bagi pertandingan sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik walaupun mereka tidak layak menerima penangguhan jangka panjang daripada Perkhidmatan Negara (NS), kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.
Bercakap kepada media semasa menghadiri pertandingan sukan Kejohanan Masyarakat Kluster Marine Parade pada 7 Julai di OCBC Arena, Encik Tong berkata kementeriannya...





