STOKE City memastikan cabarannya di Trofi Asia Barclays ini berakhir dengan kemenangan penyuntik semangat selepas menewaskan pasukan Pilihan Singapura 2-0 bagi pertarungan merebut tempat ketiga yang berakhir di Stadium Negara sebentar tadi (18 Julai).
Pengurus Mark Hughes membuat lima pertukaran daripada skuadnya yang tewas kepada Everton melalui sepakan penalti 4-5 di hari pertama pertandingan pada Khamis lalu termasuk menurunkan dua...





