KUALA LUMPUR: Seorang bekas vokalis kumpulan muzik popular 90an, yang juga peserta program Gegar Vaganza 2, ditahan polis berdekatan Kampung Chubadak, Sentul, bersama pistol jenis Walther pada 1.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Pesuruhjaya, ACP R Munusamy ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penahanan suspek berusia 46 tahun itu.






