Kata orang, hanya sang juara yang dijulang dan dikenang. Sebaliknya, gelaran naib juara sering dilupakan. Namun, bagi lima atlit negara yang beradu di Sukan SEA yang berakhir baru-baru ini, detik kejayaan memenangi pingat perak begitu bermakna dan manis sekali, seolah-olah 'dikalung' pingat emas. Selepas lama berkorban - mengetepikan pendidikan, pekerjaan serta masa berharga bersama keluarga tersayang - kejayaan menggenggam pingat...





