KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung perkhidmatan anggota parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) selama enam bulan berikutan kenyataannya yang menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Usul yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, itu diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 107 menyokong...






