HADIAH Sastera Singapura (SLP) kini kembali dengan penulis, pencinta sastera dan penyair berpeluang merebut pelbagai hadiah yang ditawarkan.
Seperti anugerah SLP yang lalu, ia terbuka kepada penulis empat bahasa rasmi di sini.
HADIAH Sastera Singapura (SLP) kini kembali dengan penulis, pencinta sastera dan penyair berpeluang merebut pelbagai hadiah yang ditawarkan.
Seperti anugerah SLP yang lalu, ia terbuka kepada penulis empat bahasa rasmi di sini.
Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, tetap meneruskan kegiatan mingguannya dengan menyapa peminat di luar kediamannya di Mumbai, India, pada 1 November.
Bagaimanapun, kali ini, pelakon berusia 83 tahun itu menyapa peminat di sebalik penghadang kaca kalis peluru susulan kawalan keselamatan yang diperketat selepas menerima laporan mengenai ancaman bom.
Jerebu pada tahun ini (2026) tidak menjejas bekalan makanan di Singapura, namun pemerintah telah menerima maklum balas daripada pemborong bahawa jerebu yang berpanjangan mungkin memberi kesan kepada penumbuhan sayur-sayuran, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.
Namun begitu, jerebu telah memberi kesan terhadap jumlah pengunjung di pusat penjaja dan pasar, dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang menilai keadaan di...
Kebanyakan individu yang memberikan maklum balas dalam rundingan awam mengenai semakan sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) menyokong penggabungan Kategori A dan B serta lebih menggemari struktur rebat lima peringkat.
Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow berkata struktur itu menetapkan kadar rebat dan caj tambahan berdasarkan nilai pasaran terbuka (OMV) kereta, bagi “mewujudkan semula perbezaan premium COE yang berkekalan antara kereta...
JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki Singapura yang sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib republik itu antara tiga individu masing-masing didenda RM3,500 ($1,098) oleh Mahkamah Majistret, di sini, pada 3 November.
Ketiga-tiga lelaki itu – Syajahan Alfian Abdullah, 19 tahun; Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24 tahun; dan Gonzales Mckhovic anak George, 18 tahun – mengaku bersalah kerana berlumba haram dan menunggang...
Penemuan topi kecil yang dikait ibu tercinta, Allahyarhamha Rohaya Sulaiman, menjadi kenangan cukup bermakna buat pelakon Malaysia, Syafiq Kyle.
Syafiq, atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 34 tahun, berkata kegiatan mengait adalah antara cara arwah ibunya mengisi masa berehat di dalam bilik berikutan keadaan kesihatan yang semakin merosot.





