KIEV (Ukraine) - Perdana Menteri Ukraine, Encik Arseny Yatseniuk, hari ini mendakwa Russia mahu mencetuskan Perang Dunia Ketiga dengan menduduki Ukraine "secara ketenteraan dan politik" dan mewujudkan konflik yang akan merebak ke seluruh Eropah.
"Percubaan memulakan konflik ketenteraan di Ukraine akan membawa kepada konflik ketenteraan di Eropah," Encik Yatseniuk memberitahu Kabinet sementara dalam ucapan disiarkan secara langsung.






