DUA hari selepas biduanita yang mempopularkan lagu Sayang Disayang, Allahyarhamha Kartina Dahari meninggal dunia, pengarah Encik Sanif Olek menerima e-mel dari Mexico.
Filem arahannya dengan tajuk serupa, Sayang Disayang, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Muzikal Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Mexico 2014.





