SEREMBAN: Tiga beranak ditahan masing-masing di Felda Sungai Kelamah dan Felda Palong 3, dekat Gemas, Tampin, Negeri Sembilan, pada 10 Julai kerana disyaki menganggotai kumpulan ajaran sesat, ‘Millah Abraham’.
Dalam serbuan serentak kira-kira 6 petang itu, pasukan Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turut merampas pelbagai barang yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran itu.





