PULAU Coney yang terletak dekat Punggol dan Pasir Ris akan mempunyai kampus baru Outward Bound Singapore (OBS) di bawah satu pelan induk bagi membangunkan golongan muda negara ini yang lebih berdaya tahan.
Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan rancangan itu semasa membentangkan Pelan Induk Pendidikan Lasak Luar Nasional dalam ucapan Belanjawannya di Parlimen, Khamis.






