KUALA LUMPUR: Nilai ringgit Malaysia dijangka mencatatkan kadar kenaikan bulanan paling besar sejak krisis kewangan Asia sedang kenaikan harga minyak mencerahkan prospek satu-satunya negara pengeksport minyak itu di rantau ini.
Ringgit mendahului kenaikan kadar nilai mata wang negara Asia Tenggara, didorong oleh dana global yang kembali memasuki pasaran membangun.





