SEORANG wanita, Khatijah A. Manap, hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan diperintah membayar denda sebanyak $2,500 kerana melakukan rasuah dan kesalahan lain di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Dalam kenyataannya kepada pihak media, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan, siasatan yang dilakukan mendapati Khatijah telah melakukan tumbuk rusuk dan menerima wang berjumlah $2,500 dari seorang bernama, Gulzar Raja Singh...





