"PENUMPANG sekalian, kapal ini akan berlabuh sekejap di pulau ini. Sila turun dan carilah bekalan bagi menyambung pelayaran kita selanjutnya.
"Jangan lupa kembali kerana kapal ini akan berlepas lagi," kata kapten kapal membuat pengumuman.
"PENUMPANG sekalian, kapal ini akan berlabuh sekejap di pulau ini. Sila turun dan carilah bekalan bagi menyambung pelayaran kita selanjutnya.
"Jangan lupa kembali kerana kapal ini akan berlepas lagi," kata kapten kapal membuat pengumuman.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah memadam 65 aplikasi yang didapati mempunyai kandungan tidak sesuai atau berbahaya untuk orang awam.
Aplikasi tersebut ditawarkan di lima khidmat pengedaran aplikasi yang ditetapkan (D-ADS) utama di Singapura telah dikesan IMDA berikutan satu usaha semakan, menurut Laporan Penilaian Keselamatan Dalam Talian (OSAR) bagi D-ADS, yang julung-julung kalinya diterbitkan pada 24 Oktober.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober membenarkan Perikatan Nasional (PN) menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftarannya, membolehkan gabungan pembangkang itu bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, 14 November ini.
Namun, masa depan jenama politik PN itu dan sama ada ia masih boleh diselamatkan daripada dibatalkan, bergantung pada keputusan muktamad mahkamah kelak, walaupun Jabatan Pendaftaran...
Reaktor modular kecil (SMR) merupakan reaktor nuklear maju dengan kapasiti kuasa sehingga 300 megawatt elektrik (MW).
Ini sekitar satu pertiga daripada kapasiti penjanaan loji kuasa nuklear tradisional, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Mengkaji kebolehlaksanaan tenaga nuklear di Singapura memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pertimbangan keselamatan dan penggubalan dasarnya, di samping membina keupayaan teknikal yang diperlukan.
Ini antara peranan Institut Penyelidikan dan Keselamatan Nuklear Singapura (SNRSI), yang menyokong pemerintah dalam menilai teknologi nuklear untuk negara.
Disebabkan cabaran seperti kekangan tanah dan sumber semula jadi yang terhad, Singapura bergantung kepada gas asli import untuk memenuhi kira-kira 95 peratus daripada keperluan tenaga elektriknya.
Permintaan tenaga elektrik itu dijangka terus meningkat dipacu pembangunan prasarana dan perkembangan ekonomi, ujar Lembaga Pasaran Tenaga (EMA).





