PESHAWAR: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mati lemas pada Selasa (16 Ogos) selepas terjatuh ke dalam sungai di utara Pakistan ketika cuba mengambil 'selfie', sementara ibu bapanya meningggal dunia semasa cuba menyelamatkannya, kata para pegawai.
Kejadian itu berlaku di Sungai Kunhar, yang mengalir melalui wilayah Khyber Pakhtunkhwa, sebuah destinasi pelancong berbukit di kampung Beesian, sekitar 200km ke utara Islamabad.





