SELEPAS dua bulan dihentikan, acara Ahad Bebas Kereta disambung semula mulai Ahad (30 Okt) ini, dengan lebih banyak jalan ditutup dan tempoh penutupan lebih panjang.
Acara bulanan itu, yang berlangsung selama enam bulan awal tahun ini, akan diperluas dari kawasan Daerah Pusat Perniagaan dan Daerah Sivik ke kawasan pemuliharaan Telok Ayer.





