JOHOR BARU: Sultan Johor dengan tegas menegur Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir bahawa konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.






