PENGARAH urusan sebuah syarikat pembuat kotak kayu dan palet dikenakan tuduhan pada Selasa (11 Okt) mengambil sogokan daripada 20 pekerja asing bagi menjamin pekerjaan mereka berterusan.
Ng Boon Cheng, yang mengendalikan Lian Lee Wooden Case Maker Co, menghadapi 20 tuduhan mengambil sogokan sejumlah $105,235, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan.






