KESESAKAN pada waktu sibuk di Tuas dijangka berkurang dengan pembukaan laluan jejambat baru bulan depan.
Laluan jambatan sepanjang 4.8km dari Tuas Road ke Tuas West Road itu akan dibuka pada 18 Feb. Laluan dua arah tiga lorong itu akan merentas di atas Pioneer Road dan boleh menyokong 6,000 kenderaan yang bergerak di setiap arah.





