SYDNEY - Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 12 cedera selepas sebuah kereta merempuh kawasan pejalan kaki di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, pada Jumaat (20 Jan).
Menurut perkhidmatan kecemasan Ambulance Victoria, beberapa orang dilanggar manakala televisyen tempatan menayangkan video secara langsung dari udara yang menunjukkan kereta polis dan polis membawa senjata di persimpangan pusat bandar itu.





